Untuk versi English, klik di sini
Kini dengan Skim Bursari BP40 khas Yayasan Sarawak, pelajar Bumiputera Sarawak boleh mendapatkan pendidikan Australia bertaraf dunia dan ijazah Curtin yang diiktiraf dunia dengan yuran pengajian yang setara dengan yuran IPTA. Skim ini memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat asasi dan sarjana muda dalam Perniagaan, Kejuruteraan, Sains, Teknologi dan Seni.
- Skim bursari ini khusus untuk Bumiputera Sarawak dari keluarga berpendapatan rendah (B40) sahaja
- Skim bursari ini merupakan kerjasama di antara Yayasan Sarawak dan Kerajaan Negeri Sarawak
- Terhad kepada 100 pelajar sahaja
Yuran skim bursari BP40
Program | Tempoh pengajian (tahun) | 2024 jumlah yuran program (RM) | Yayasan Sarawak yuran istimewa (RM) | Kelayakan pinjaman |
---|---|---|---|---|
Foundation in Arts & Commerce | 1 | 18,800.00 | 3,760.00 | Ya |
Foundation in Engineering & Science | 1 | 18,800.00 | 3,760.00 | Ya |
Diploma of Commerce | 2 | 31,350.00 | 6,270.00 | Ya |
Diploma of Media Studies | 2 | 31,350.00 | 6,270.00 | Ya |
Diploma of Information Technology | 2 | 35,625.00 | 7,125.00 | Ya |
Bachelor of Communications | 3 | 67,200.00 | 13,440.00 | Ya |
Bachelor of Science (Psychological Science) | 3 | 89,400.00 | 17,880.00 | Ya |
Bachelor of Science (Health, Safety and Environment) | 3 | 87,498.00 | 17,499.60 | Ya |
Bachelor of Applied Science (Construction Management) | 4 | 110,688.00 | 22,137.60 | Ya |
Bachelor of Business Administration | 3 | 67,200.00 | 13,440.00 | Ya |
Bachelor of Commerce | 3 | 67,200.00 | 13,440.00 | Ya |
Bachelor of Engineering | 4 | 118,784.00 | 23,756.80 | Ya |
Bachelor of Technology | 3 | 66,900.00 | 13,380.00 | Ya |
Bachelor of Computing | 3 | 84,792.00 | 16,958.40 | Ya |
Bachelor of Applied Geology | 3 | 89,400.00 | 17,880.00 | Ya |
Tarikh pengambilan 2024
Program | Trimester 1F/Semester 1 | Trimester 2F/Semester 2 | Trimester 3F |
Foundation/Diploma | 4 March | 15 July | 30 September |
Degree | 26 February | 23 July | – |
Universiti berhak untuk mengubah sebarang keputusan dan terma dan syarat biasiswa mengikut budi bicaranya. Keputusan yang dibuat oleh Universiti adalah muktamad dan mengikat.